Ok today, eima nak bagi sedikit tips untuk hilangkan eyebeg. Well eima ni ada masalah eyebeg yang sangat serious sampaikan eima sendiri menyampah tengok eyebeg eima. Hahahahahaha, so eima buat reseacrh dekat google, eima tanya kekawan dekat twitter and i ask my ibu/opah semua, macam mana nak hilangkan eyebeg ni.
Eima bukan nak tunjuk pandai jadi penasihat kecantikan but, ya eima rasa semua orang mesti ada masalah dengan 'eyebeg' ni kan? But mostly yang ada eyebeg ni mungkin perempuan. Oleh sebab tu apa kata eima share kembali apa yang eima tahu macam mana caranya nak hilangkan eyebeg ni heh.
1. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (kurang-kurangnya 8gelas sehari)
Ok yang ni memang selalu kita dengar kan? Minum air masak/air mineral sangat penting dalam hidup kita. Setiap hati mesti kena ada minum air masak :) Tapi kan eima ni jenis taksuka minum air masak rasa cam muak hehehehehe tp takpa untuk kesihatan punya pasal eima sanggup buang rasa muak pe semua tu hehe!
2. ELAKKAN MINUM AIR 1-2 JAM SEBELUM TIDUR.
Ok yang ni maybe jarang dengar, yang ni eima dapat drpd ibu/opah and reseacrh eima drpd google. Nak tahu kenapa kita kena elakkan minum 1-2 jam sebelum tidur? Sebab nanti air tu akan jadi toksin and air yang bertoksin tu akan bertakung kat bawah mata. Itu yang menyebabkan ada lingkaran gelap kat bawah mata. Faham? Kalau takfaham sila google hehehe
3. LETAK HIRISAN TIMUN DEKAT KEDUA-DUA BELAH MATA SEBELUM DAN SELEPAS BANGUN TIDUR SELAMA 10-15MINIT.
Yang ni kita mungkin selalu dengar sebab kebanyakan ramai selalu buat. Hehe kalau pergi spa pun diaorang gunakan timun right time nak facial tu? Hehehe, ok kalau boleh potong timun yang fresh-fresh keluar dari peti ais tu then letak dekat mata 10-15 minit. Amalkan selalu insyaALLAH berjaya. Eh tapi ada yang kata kalau takguna timun guna cucumber pad pun boleh, itu eima taktahu tapi kalau nak cuba apa salahnya kan :)
4. GUNAKAN UNCANG TEH.
Ok maybe korang taknak guna timun kan? So korang boleh gunakan uncang teh yang dibuat air tu hahahaha. Ok korang basuh dulu uncang teh yang dah dipakai tu then simpan dalam peti ais dalam 10-2-minit tu. Lepas tu korang keluarkan then letak dekat mata 10-15minit. Tapiiii lepas dah buat tu, jangan lupa basuh area mata engkorang tu, kang bersemut lain pulak jadinya hehehe.
5. UBI KENTANG.
Ok yang ini eima dapat daripada google, eima takpernah cuba lagi yang ni but maybe akan cuba hahahaha. Ok korang tahu ubi kentang kan? Ok so ambik ubi kentang tu korang parut then letakkan atas kain nipis ((macam sup bunjut)) tu then letak dekat mata beberapa minit.
6. COLLAGEN EYE MASK/EYE COOL PAD
Yang ni memang tengah famous sekarang kan? But ibu eima kata bukan takleh pakai but takut bahan yang diguna pakai tu je.. Hehehe so ibu eima kata lebih baik prefer yang semula jadi like guna timun pe semua tu :)
7. JANGAN MAKAN PEDAS.
Ok yang ni eima jumpa daripada reseacrh kt google, betul ke tidak waalahualam, hehe, Eima pun takpasti kena takleh makan pepedas tapi eima memang suka makan pedas orangnya hiks.
8. EYE ROLL ON.
Kalau korang rasa malas nak buat semua cara dekat atas tu, eima syorkan korang guna je eye roll on. Garnier punya ok, gunalah cuba beli hehehe.
9. LAPTOP/KOMPUTER/PHONE
JANGAN terlalu menghadap laptop/komputer/phone/televisyen korang tu lelama, Sebab nanti mata jadi letih bila mata letih tu yang mata nampak takbermaya. Kalau korang rasa dahlama sangat menghadap benda alah tu, apa kata gi tengok tumbuhan hijau-hijauan :)
10. TIDUR
Yang ni sangat sangat sangat sangat penting, semua orang tahu tidur tu penting sangat bagi kita. Tidur awal jangan jadi burung hantu je tiap malam hahahaha. Tidur secukupnya. Kalau mata takcukup tidur itu jadi bengkak and sembap :)
Itu sahaja yang eima dapat kongsikan hehe. So pilihlah cara mana yang korang rasa paling senang, sama sama lah kita cuba. Yang selebihnya kita serah padaNYA.
Dan eima nak ucapkan terima kasih bagi yang berkongsi tips dengan eima :) tqsomuch.
Asalamualaikum :)








